pahangdaily pahangdaily Author
Title: Razali Ibrahim: Jangan Politikkan Cadangan Persempadanan SPR !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MUAR : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan cadangan pers...

MUAR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan cadangan persempadanan kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tempoh bantahan terhadap cadangan itu berakhir pada Jumaat. 

Beliau berkata cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya adalah perkara biasa apabila telah cukup tempoh sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara. 

"Saya rasa sedih dengan sikap segelintir pihak dan individu yang cuba mempolitikkan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan Ida Suryanti Yunus yang putus kedua-dua kaki di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Jumaat.

Ida Suryanti, 46, putus kedua-dua kaki setelah motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta ketika mengambil anaknya pulang dari kelas tambahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Menanti di sini pada Isnin lepas. 

Razali yang juga Ketua Umno Bahagian Muar berkata pihaknya akan menyumbangkan kaki palsu dan kerusi roda untuk Ida Suryanti. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top