pahangdaily pahangdaily Author
Title: Saudi Dakwa Peluru Berpandu Di Lancar Milita Houthi Ke Arah Mekah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
RIYADH: Milita Houthi didakwa melancarkan peluru berpandu balistik ke arah Mekah pada Khamis, k...
RIYADH: Milita Houthi didakwa melancarkan peluru berpandu balistik ke arah Mekah pada Khamis, kata tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi yang terbabit dalam perang saudara Yemen kepada agensi berita Saudi, SPA.
Menurut kenyataan itu, tentera bersekutu memusnahkan peluru berpandu itu 65km daripada bandar suci itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan dan membalasnya dengan serangan ke atas lokasi pelancaran yang terletak dalam Yemen.
Mekah menempatkan kawasan paling suci buat penganut Islam, termasuk Masjid al-Haram.
Houthi mengesahkan pelancaran peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi mereka pada Jumaat, tetapi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang tersibuk negara itu.
Kumpulan itu mengawal sebahagian besar utara Yemen termasuk ibu negara Sanaa bersama sekutunya, yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top