pahangdaily pahangdaily Author
Title: Selain Di Campak Ular, Murid Dakwa APM Bawa Ke Tanah Perkuburan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA KANGSAR : Selain menggunakan ular dalam program bina diri, Angkatan Pertahanan Awam Malay...

KUALA KANGSAR: Selain menggunakan ular dalam program bina diri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) didakwa turut membawa peserta program ke kawasan perkuburan.

Seorang murid perempuan Sekolah Kebangsaan Beluru mendakwa, mereka telah dibawa ke sebuah tanah perkuburan Kristian pada pukul 2 pagi pada hari motivasi itu dalam keadaan yang menakutkan.

Murid tahun enam itu menjelaskan selepas insiden itu, dia trauma dan tidak mahu lagi mengikuti mana-mana program motivasi anjuran APM.

"Pukul dua pagi mereka (jurulatih APM) kejut lepas tu kawat kaki, lepas tu mereka bawa pergi jalan dekat kubur.

"Jurulatih kata kalau kubur orang Kristian duduk sebelah gambar kalau kubur orang Melayu kena pegang batu nisan.

"Saya terlalu takut lepas tu menangis, saya macam trauma sebab lepas balik tu saya menangis teringat semua benda yang jadi kat program APM," kata murid itu yang enggan didedahkan identitinya.

Sementara bapa murid itu kesal dengan tindakan pihak APM kerana menyebabkan anaknya trauma selepas insiden mencampak ular ke dalam kolam dan di bawa ke kawasan tanah perkuburan semasa program motivasi bina diri itu.

"Saya rasa tak wajar lah meletakkan ular sebab anak saya balik dari kem tu dia jadi macam trauma sehingga kami terpaksa buat rawatan cara kampung.

"Jadi saya rasa tak wajarlah benda-benda tu semua, dia rasa terkilan sikitlah sebab terjadi macam ni. Sepatutnya mereka tak boleh buat macam ni, masukkan ke ular ke bawa ke kubur pukul dua pagi.


Susulan kejadian itu pihak APM menegaskan berlaku secara spontan dan diluar pengetahuan pihaknya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Datuk Selamat Dahalan berkata, penggunaan ular juga bukan sebahagian daripada modul latihan pasukan itu malah sebarang modul yang disediakan tidak melibatkan penggunan haiwan.


"Rasa terkilan sikit cara cara dia orang menguruskan program ni," kata bapa murid tersebut.

Sebelum ini viral video insiden anggota APM mencampakkan ular ke dalam kolam sewaktu kem bina diri yang disertai 45 murid sebuah sekolah rendah di Kuala Kangsar. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top