pahangdaily pahangdaily Author
Title: ADUN BN Pahang Mahu Adnan Di Kekalkan Sebagai Menteri Besar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adna...

KUANTAN: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, untuk terus menerajui kepemimpinan negeri ini.

Mereka diketuai ADUN Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan ADUN Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin menyatakan solidariti wakil rakyat BN itu pada sidang media khas di sini, petang tadi.



Dalam kenyataan bersama itu, mereka menegaskan bahawa Adnan masih mendapat perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk terus menerajui barisan kepemimpinan.

Shahiruddin berkata, Adnan juga masih mendapat mandat dan sokongan daripada semua ADUN BN di negeri ini.



"Kami amat selesa bekerja secara berpasukan bersama beliau (Adnan) dan beliau juga berjaya mewujudkan suasana kerjasama erat antara wakil rakyat, ketua jabatan dan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Salinan kenyataan, foto dan video serta senarai kehadiran semua ADUN pada sidang media khas telah diserahkan kepada Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob (Menteri Besar Pahang) pada jam 5.00 petang.



Sidang media itu dihadiri semua ADUN BN, kecuali ADUN Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak; ADUN Bebar, Datuk Fakhruddin Mohd Arif dan ADUN Padang Tengku, Datuk Mustapha Long yang mempunyai urusan kerajaan negeri di ibu negara. 


Bagaimanapun, Shahiruddin berkata, ketiga-tiga Adun terlibat telahpun memberikan mandat kepadanya untuk turut menyatakan sokongan terhadap Adnan yang hampir 18 tahun menjadi menteri besar.

Katanya sepanjang kepimpinannya, Adnan telah berjaya mewujudkan suasana kerjasama erat antara wakil-wakil rakyat, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pusat serta pertubuhan bukan kerajaan (NG0).

Justeru, katanya, kesemua Adun BN Pahang berasa amat selesa bekerja berpasukan di bawah kepimpinan Adnan serta kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, langkah Adun BN menyatakan solidariti itu adalah berikutan kenyataan yang dibuat oleh Adnan pada 9 September lepas yang menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Kita akan hantar surat sokongan yang ditandatangani oleh kesemua Adun BN ini kepada menteri besar dalam masa terdekat supaya beliau menarik balik hasratnya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berharap dengan kenyataan itu, beliau berharap ia akan dapat memadam semua khabar angin tentang pertukaran jawatan menteri besar.

"Kita nak tumpukan usaha dan jentera parti untuk hadapi pilihan raya," katanya.

Adnan yang telah 30 tahun menjadi wakil rakyat bagaimanapun tidak mahu  isu itu diperbesarkan dan menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.#sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Thursday, October 06, 2016 10:45:00 PM

Tok Nan dah lama jadi MB..baru sekarang Adun nyatakan sokongan padu..pelik bunyinye..ada ape2 yg tak kena ke?..

 
Top