pahangdaily pahangdaily Author
Title: Seramai 22,663 Belia Di Isytihar Bankrap Dalam Tempoh 4 Tahun!
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pengurusan kewangan yang lemah mengakibatkan seramai 22,663 rakyat Malaysia berumur kurang daripada 35 tahun diisytiha...
KUALA LUMPUR: Pengurusan kewangan yang lemah mengakibatkan seramai 22,663 rakyat Malaysia berumur kurang daripada 35 tahun diisytiharkan bangkrap antara 2011 dan September 2015, kata Majlis Perancangan
Kewangan Malaysia (MFPC).
Timbalan Presiden MFPC Michael Kok Fook On berkata mereka ini gagal menguruskan sumber kewangan mereka dan tidak memahami kepentingan perancangan kewangan.
“Belia Malaysia tidak bersedia berhadapan dengan hutang kewangan dan tidak bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan mereka,” katanya dalam Pertandingan Perancangan Kewangan Nasional MFPC ke-3 di sini hari ini.
“Muflis pada usia muda boleh memberi mudarat kepada golongan belia dan ini akan menjejaskan kehidupan harian dan masa depan mereka.
“Stres, tekanan keluarga dan sosial akan menerima kesan psikologi ke atas belia yang menghadapi kemuflisan,” katanya.
Kesedaran kewangan di kalangan belia dan mahasiswa di negara ini adalah amat penting bagi kesejahteraan mereka dan masa depan ekonomi Malaysia, sambil menambah golongan ini harus menjadi celik kewangan dari usia muda.
“Kami di MFPC, sejajar dengan aspirasi Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sedang melakukan yang terbaik untuk membantu menyebarkan kesedaran kewangan bukan sahaja kepada golongan belia tetapi juga kepada orang ramai secara umumnya.
“Sejak usia muda saya, saya selalu diingatkan dengan kata-kata hikmah ini, ‘Ia bukan berapa banyak yang anda boleh dapat, tetapi lebih penting ialah berapa banyak yang anda boleh simpan’,” katanya.
Pertandingan 3 hari yang akan berakhir pada 9 Oktober ini dianjurkan di Universiti Putra Malaysia, ia menjadi platform untuk membolehkan para pelajar menunjukkan pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka ke arah perancangan kewangan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

IBU,FITRI SULISTIAWATI said... Sunday, October 09, 2016 12:27:00 PM

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Boley Jalan said... Sunday, October 09, 2016 2:10:00 PM

Jgn bimbang wahai rakyat semua....bersabarlah, kalau lawan pemerintah nanti org kapir kuasai negara.....Pas ada untuk mengislangkan belia2 ini, insyaAllah kita perjuangkang islang walaupun sekular sekali pong....ini lah amanat terbaru kepimpinang kite, amanat lama dah tak berokah....buang je dlng longkang!sejak 2004 kite dah tak ambil pot dah hal2 cangni, sejak ada Br1m ni katakan. Dedak sedap bro....syuur sampai kesyoorga!Utamakan Ruu355 walaupung ini undang2 islang sekular, tetap islang!

 
Top