Aktivis Siti Kasim Beri Keterangan Kepada Polis Isu Tunjuk Jari Lucah


PETALING JAYA: Peguam dan aktivis Siti Kassim dipanggil polis kerana menunjukkan jari tengah kepada penonton yang hadir pada forum mengenai Rang Undang-Undang Syariah PAS bulan lepas.
Siti berkata dia akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada pukul 8 malam Isnin.
"Adakah saya menyesal melakukannya? Nah dalam keadaan ini saya tidak mempunyai cara lain untuk menyatakan rasa meluat saya kepada mereka yang mengganggu saya," tulisnya dalam laman Facebook Siti Kasim pada Isnin.
Siti menunjukkan jari tengah kepada penonton yang mengejek tindakannya kerana membantah forum PAS bertajuk 'Pindaan Akta 355: Antara Realiti Dan Persepsi" pada 5 September lalu.
Forum tersebut diadakan bagi mengulas kontroversi usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Usul itu dibentangkan sebagai rang undang-undang (RUU) persendirian Mei lalu tetapi akan dibahaskan dalam sesi Dewan Rakyat akan datang. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]