pahangdaily pahangdaily Author
Title: "Sudah Jatuh Di Timpa Tangga", Pesakit HSA Di Pindahkan Akibat Banjir
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Air bah dan banjir kilat sekitar kawasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru menambah kesulitan, memaksa pesaki...
PETALING JAYA: Air bah dan banjir kilat sekitar kawasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru menambah kesulitan, memaksa pesakitnya dipindahkan ke Klinik Kesihatan Mahmoodiah.
Kementerian Kesihatan mengumumkan mengenai pemindahan itu menerusi satu post ringkas yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, menyatakan banjir kilat menyebabkan gangguan kepada bekalan elektrik dan menjejaskan peralatan hospital.
Pagi tadi, tragedi kebakaran melanda HSA menyebabkan 6 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) maut manakala pesakit lain terpaksa dipindahkan.
Lima jentera bomba tiba di tempat kejadian selepas kebakaran bermula di ICU kira-kira jam 9 pagi.
Kakitangan hospital memindahkan pesakit dari wad lain ke tingkat bawah di luar bangunan, sementara khemah dipasang untuk memberi kawasan teduh kepada pesakit.
Dalam kebakaran itu, 6 pesakit iaitu 4 wanita dan 2 lelaki, maut. Mereka adalah antara 7 pesakit di ICU berkenaan manakala seorang pesakit lagi ditemui selamat dan masih dirawat di
hospital sama.
Dua kakitangan HSA pula dihantar ke Hospital Sultan Ismail manakala seorang lagi petugas dirawat di HSA akibat terhidu asap.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah dalam post di Facebook berkata punca kebakaran masih belum dikenal pasti, dan siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat masih dijalakan.
“Pelan kontingensi diambil dengan memindahkan pesakit HSA ke beberapa hospital berhampiran,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top