pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Di Pilih Jadi YDP Agong Ke-15
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-...

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara di sini, Jumaat.
Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua Raja dan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top