[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Takiyuddin: Jikalau Nik Aziz Masih Hidup Pun, PAS Tak Sertai Bersih 5

PETALING JAYA: PAS yakin ahlinya tidak akan menyertai Bersih 5 jika bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup, kata Datuk Takiyuddin Hassan.
Setiausaha agung PAS itu berkata jika Nik Aziz masih ada sekarang, pastinya beliau akan kata tidak perlu menyertai perhimpunan berkenaan.
“Mungkin kalau Nik Aziz (masih) ada (hidup), dia akan kata tidak perlu. Saya boleh buat andaian itu. Memanglah dulu kita sertai Bersih tetapi atas sebab tertentu.
“Kali ini kita buat keputusan tidak sertai Bersih,” katanya kepada FMT.
Takiyuddin berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Adun Salor Datuk Husam Musa sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz semasa hayatnya mengarahkan ahli parti Islam itu agar menyertai Bersih.
Husam berkata demikian ketika mengulas pendirian PAS yang kini enggan menyertai Bersih 5.
“Saya nak ulang sekali lagi, bagi yang was-was sampai Bersih pun tak boleh hadir, minta maaf saya tak mahu apologetik, Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir Bersih, masa dia hidup,” katanya yang mendakwa memetik kata-kata Nik Aziz sebelum ini.
Takiyuddin berkata jika Husam mahu menggunakan nama Nik Aziz, itu terpulang kepadanya.
“Tetapi saya rasa nak dapatkan pengesahan pun tak boleh (PAS perlu sertai Bersih 5). Jadi susahlah,” katanya.
Sementara itu, Husam mempertahankan tindakannya memetik kata-kata Nik Aziz berhubung PAS perlu menyertai himpunan Bersih.
Katanya, walaupun Nik Aziz sudah meninggal tetapi gesaan PAS sertai Bersih itu pernah dilaporkan Harakah yang merupakan lidah rasmi PAS.
“Tidak salah kalau orang itu dah cakap kita petik. Walaupun dia sudah mati. Kata-kata Nabi Muhammad juga boleh dipetik walaupun sudah lama meninggal dunia.
“Kenapa Nik Aziz yang kata-katanya ada di dalam surat khabar, buku dan kaset tidak boleh dipetik. Dulu Harakah siar di muka depan lagi. Adakah Harakah sudah tarik balik kenyataan itu. Kalau tidak tarik balik kenapa kita tidak boleh petik,” katanya. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Satusebab saja: pas sudah kawin umno.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]