pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tangki Gas Asli Di Stesen Minyak Pula Meletup, Seorang Lelaki Maut
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut dalam kejadian letupan dipercayai berpunca daripada tangki gas asli untuk kenderaan (NGV) di sebuah st...
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut dalam kejadian letupan dipercayai berpunca daripada tangki gas asli untuk kenderaan (NGV) di sebuah stesen minyak di Taman Mount Austin, di sini, petang ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru Lt (PA) Mohd Aziz Jupri berkata mangsa, Mohd Faizal Mazlan, 33, pekerja stesen minyak berkenaan dipercayai berada berhampiran dengan tangki berkenaan ketika ia meletup.
Beliau berkata panggilan kecemasan diterima pada 3.01 petang dan seramai 13 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta sebuah ambulans, sebuah Toyota Hilux dan 2 motor dikejarkan di tempat kejadian.
“Belum dapat dipastikan lagi punca, masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat…kita dapati tangki NGV meletup,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top