Tengku Mahkota Pahang Rasmi Hospital Pakar KPJ Di Tg Lumpur


KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah telah merasmikan Pahang Specialist Hospital, di Tanjung Lumpur, pagi tadi.

Hospital pakar KPJ, adalah hasil Usahasama Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd dengan PASDEC Holding Corporation Sdn Bhd.

KPJ Pahang yang di bina dengan kos RM110 juta merupakan hospital swasta yang pertama di negeri ini yang mempunyai Pusat Kateterisasi Jantung.



Keberangkatan Tengku Mahkota Pahang yang mewakili ayahandanya, Sultan Haji Ahmad Shah telah di sambut oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, merangkap Pengerusi KPJ Healthcare Berhad, Dato' Kamaruzzaman bin Abu Kassim dan barisan Ahli Lembaga Pengarahnya.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Adnan Yaakob bersama barisan exconya, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri,  Dato' Sri Haji Ishak bin Muhamad, dan Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Seri Saffian Ismail. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]