pahangdaily pahangdaily Author
Title: Terbuka Denmark: Goh V Shem - Tan Wee Kiong Mara Ke Separuh Akhir
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong terus mempamerkan aksi cemerlang pada Terbuka Denmark apabila berjaya mar...

KUALA LUMPUR: Beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong terus mempamerkan aksi cemerlang pada Terbuka Denmark apabila berjaya mara ke separuh akhir, malam Jumaat.

V Shem-Wee Kiong mengambil masa 46 minit untuk menundukkan beregu China, Li Junhui-Liu Yuchen 21-18, 25-23 dalam perlawanan sengit suku akhir yang berlangsung di Odense Sports Park, Denmark.

Menanti mereka di separuh akhir ialah pemenang perlawanan antara beregu tuan rumah, Mathias Boe-Carsten Mogensen yang juga merupakan pilihan kedua kejohanan dan pasangan pilihan keenam dari Rusia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top