Terbuka Denmark: Lee Chong Wei Kalah Mengejut Kepada Pemain Perancis


KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal menepati ramalan untuk mara ke saingan separuh akhir Terbuka Denmark apabila tewas kepada pemain beranking lebih rendah dari Perancis, Brice Leverdez awal pagi ini di Taman Sukan Odense.

Namun pemain beranking ke-38 dunia itu terpaksa bertungkus-lumus hampir sejam 17 minit untuk menidakkan kemaraan ikon badminton negara tersebut dengan  mata 21-17, 20-22 dan 21-19.

Chong Wei sebelum ini pernah tiga kali menjuarai Terbuka Denmark iaitu pada 2005, 2006 dan 2012.

Hanya beregu lelaki negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang masih meneruskan perjuangan Malaysia.

Mereka menewaskan beregu China Li Junhui/Liu Yuchen pada saingan suku akhir lewat malam tadi dan bakal bertemu beregu tuan rumah yang juga pilihan kedua kejohanan iaitu Mathias Boe/Carsten Mogensen. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]