pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tindakan Baju Merah Dan Kuning Mencemarkan Nama NGO Di Selar
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Sekretariat Gabungan NGO-NGO Berbaiah Malaysia (Gabung) menyelar tindakan kumpulan baju merah dan kuning yang disifatkan...

KUALA LUMPUR: Sekretariat Gabungan NGO-NGO Berbaiah Malaysia (Gabung) menyelar tindakan kumpulan baju merah dan kuning yang disifatkan sengaja menimbulkan provokasi melampau menggunakan nama NGO sekali gus mencemarkan nama baik NGO tidak terlibat.

Tindakan kumpulan berkenaan yang mengaku mengetuai NGO lain dan merancang mengadakan pertembungan himpunan pada 19 November depan menimbulkan rasa kurang senang mereka.

Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda-ayahanda SeMalaysia (Permas), Datuk Abdul Halim Ali berkata, tiada sebarang bukti yang mengesahkan kumpulan berkenaan mewakili NGO lain dan tindakan mereka hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Menurutnya, NGO tidak sepatutnya terlibat dengan aktiviti berlandaskan politik yang secara langsung membawa perpecahan dan merosakkan perpaduan kaum serta menggugat keamanan negara.

“Saya mahu menyatakan pendirian yang kami tidak menyokong mana-mana pihak dan mahu kedua-dua pihak ikut undang-undang ditetapkan pihak berkuasa.

“Kita tidak mahu negara jadi negara gengster dan tak melambangkan negara bertamadun seterusnya bimbang persepsi negara luar yang akan anggap kita sudah lari daripada keamanan.

“Sekiranya kumpulan ini terus melakukan tindakan luar batas, kami serah kepada pihak berkuasa untuk bertindak. Namun kami tegaskan kami sama sekali tidak terlibat,” katanya pada satu sidang media di sini, kelmarin.

Turut sama dalam sidang media berkenaan adalah wakil beberapa NGO lain antaranya Gabungan NGO Bersekutu; Gabungan G313B, Sekretariat Badan Bertindak dan Penyelaras NGO Islam (Banteras) Malaysia; Dewan Perniagaan, Pembangunan Usahawan dan Pengguna Islam Melayu Malaysia; Gagasan Pembela dan Pelindung Kebajikan Ummah Malaysia (Gagah); Kongres Merah Nusantara (K.M.N.333); Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia; Pertubuhan 313 Realisasi Ekonomi dan Majlis Bendahara Malaysia.

Paduka Ibunda Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia, Datuk Norashikin Abd Ghani, turut senada dan menegaskan pertubuhan wanita berbaiah tidak terlibat dengan individu yang ada dalam landasan politik.

“Saya tidak setuju dengan tindakan individu yang libatkan nama NGO Melayu Islam. Jangan jadikan kami sebagai kambing hitam,” katanya.

Pengasas Pertubuhan 313 Realisasi Ekonomi, Khairul Husni berkata, pihaknya bersedia membantu pihak berkuasa mengawal keadaan pada himpunan berkenaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top