pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun Mahathir Dakwa "Malaysian Official 1 Itu Adalah Najib Razak ”
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa sebagai identiti Malaysian Official 1 seperti didedahkan Jabatan Keadilan (DOJ)...

BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa sebagai identiti Malaysian Official 1 seperti didedahkan Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian merujuk laporan dan pendedahan skandal kewangan melibatkan Presiden UMNO itu.
Beliau berkata demikian sempena penganjuran Program Jelajah 1MDB, di sini, semalam.
Sebelum ini, Menteri UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan bahawa MO1 dirujuk 36 kali dalam saman sivil DOJ berkaitan penyelewengan 1MDB adalah Perdana Menteri.
“Saya dah kata secara terbuka, jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah Perdana Menteri,” kata Rahman dipetik BBC.
Pada Julai lalu, DOJ memfailkan saman sivil bagi melakukan pembekuan aset di Amerika Syarikat yang didakwa dibeli menerusi penyelewengan dana 1MDB.
Dalam pendedahan itu, DOJ bagaimanapun tidak menamakan Perdana Menteri Najib sebagai individu tersebut, namun mendedahkan identiti itu didakwa mempunyai AS$681 juta di dalam akaun peribadinya.
Perdana Menteri sebelum ini menafikan penglibatan beliau berhubung salah laku dan penyelewengan dana rakyat untuk tujuan peribadi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top