pahangdaily pahangdaily Author
Title: UMNO & Barisan Nasional Nafi Terlibat Dengan Kumpulan Anti Bersih
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: UMNO dan Barisan Nasional (BN) menolak tindakan sekumpulan penunjuk perasaan anti-Bersih yang mengasari wartawan ketika m...
PETALING JAYA: UMNO dan Barisan Nasional (BN) menolak tindakan sekumpulan penunjuk perasaan anti-Bersih yang mengasari wartawan ketika membuat liputan konvoi Bersih pada Sabtu.
“Kami tidak terlibat dengan mereka,” Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor yang dipetik sebagai berkata dalam satu mesej kepada The Star Online.
Presiden MCA Liow Tiong Lai mengutuk tindakan kumpulan itu, berkata: “Kejadian itu tidak ada kena mengena dengan Barisan, MCA atau parti komponen lain”.
Liow juga berkata BN tidak ada kena mengena dengan pergerakan “Baju Merah”, yang diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunus.
Penunjuk perasaan anti-Bersih semalam, sekumpulan kira-kira 20 individu bermotosikal, dilaporkan memakai baju merah.
Bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada mereka adalah sebahagian daripada pergerakan Jamal.
Tengku Adnan berkata, semua rakyat Malaysia perlu hidup “dalam semangat perpaduan dan kepelbagaian”.
Rakyat tidak seharusnya menjalankan undang-undang sendiri.
“Ikut undang-undang. Kita bukan hidup berpandukan undang-undang rimba.”
Liow berkata BN tidak akan menyokong perhimpunan jalanan, konfrontasi ganas dan buli, dan menggesa polis mengambil tindakan terhadap penyerang. .
Beliau berkata agenda banyak pertubuhan bukan kerajaan dirampas ahli-ahli politik pembangkang dan bertukar menjadi konfrontasi.
Polis berkata, 3 lelaki ditangkap kerana melakukan ugutan jenayah. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top