pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wan Azizah: 'Belanjawan 2017' Di Bentang Oleh PM Tidak Realistik !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (Pakatan) menyifatkan Belanjawan 2017 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak reali...

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (Pakatan) menyifatkan Belanjawan 2017 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak realistik dan didakwa tidak mampu mencapai sasaran ditetapkan.
Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2017 dengan peruntukan RM260.8 bilion iaitu peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Belanjawan 2016.
Daripada jumlah itu, RM214.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM46 bilion pula untuk perbelanjaan pembangunan.
Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, seperti mana Belanjawan 2016, maka belanjawan dibentangkan untuk tahun depan dijangka berdepan situasi sama.
“Belanjawan ini mesti realistik, nampak baik nak bagi macam-macam tetapi hutangnya.
“Ini menyebabkan kita kena tunjuk perasaan, kita nak sandiwara dikata Perdana Menteri dijawab kerajaan,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Ahli parlimen pembangkang membuat keputusan keluar dewan ketika Najib masih meneruskan pembentangan belanjawan, sebagai tanda protes.
Kelmarin, Pakatan membentangkan Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan dengan menggariskan 11 cadangan dasar menjurus kepada soal tadbir urus kewangan negara termasuk langkah penjimatan.
Bagaimanapun, belanjawan dibentangkan itu dianggap kerajaan hanya sekadar sandiwara dan ‘syok sendiri’ pihak pembangkang.
Wan Azizah selanjutnya berkata, sasaran ditetapkan sukar dicapai ekoran pelbagai skandal menimpa negara sekali gus mengakibatkan hutang negara terus meningkat.
Katanya, kepimpinan negara juga tercalar apabila menjadi perhatian pihak berkuasa Amerika Syarikat sehingga timbul isu mengenai #MO1.
“Tahun lalu, hasil pendapatan dijangka pada tahun ini dalam operasi perbelanjaan ialah RM225.7 bilion tetapi bila disemak hanya RM212.6 bilion.
“Ini adalah belanjawan dibuat Perdana Menteri yang tidak menepati (sasaran).
“Maka kita nak kata sandiwara ini bukan kita. Siapa MO1? Itu yang jadi persoalan kita,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top