pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wan Azizah: Ramai Orang PAS Masih Bersama Pakatan Pembangkang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau percaya ramai di dalam PAS yang masih bersama pakatan pembangkang mes...
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau percaya ramai di dalam PAS yang masih bersama pakatan pembangkang meskipun ada pimpinan parti Islam itu yang tidak bersama daripada segi kerjasama dengan DAP.
Ketua pembangkang itu berkata meskipun diketahui PAS enggan bekerjasama dengan DAP, kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum tidak bertindih.
Bagaimanapun, katanya bagi kerusi di mana kedua-dua parti komponen Pakatan Harapan, PAS dan Amanah berminat untuk bertanding, rundingan lebih terperinci akan diadakan.
Beliau berkata Pakatan Harapan banyak belajar daripada pilihan raya negeri Sarawak pada Mei lalu yang menyaksikan pertandingan banyak penjuru dengan Barisan Nasional.
“Kita akan belajar juga daripada hasrat kita yang mendepani segala hasrat individu itu untuk negara. Apa yang penting sekarang ialah untuk pembangkang menubuhkan blok terbesar,” katanya dalam satu temu bual, hari ini.
Wan Aziah berkata beliau juga percaya PAS ialah parti yang realistik dan ada perbezaan antara PAS Selangor dengan kepimpinan pusat parti Islam itu.
Beliau turut memberi contoh Naib Presiden PAS dan Exco Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang sebelum ini berkata DAP dan PAS masih boleh duduk sekali di negeri itu walaupun PAS mengeluarkan kenyataan tidak boleh bekerjasama.
“Tetapi apabila datang kepada fungsi kuasa, saya kira PAS tahu dan juga mahukan tahap kerjasama tertentu dengan PKR sebagai orang tengah. Walaupun Selangor ini unik sikit sebab ada Amanah. Saya kira boleh diusahakan lagi,” katanya.
Baru-baru ini, Mursyidul Am PAS yang baru dilantik, Hashim Jasin berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup berdepan pertembungan 3 penjuru dengan parti pembangkang serta BN dalam PRU14.
Hashim berkata kerjasama dengan PKR dan Amanah akan hanya diputuskan pada mesyuarat PAS Pusat pada 22 hingga 23 Oktober depan di ibu pejabatnya, di mana jawatankuasa itu juga akan membentangkan kajian kerjasama politik dengan parti pembangkang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top