pahangdaily pahangdaily Author
Title: Warga Emas Tergamam Bumbung Rumah Di Hempap Pokok Bacang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Bumbung sebuah rumah yang didiami oleh pasangan warga emas rosak teruk akibat dihempap pokok bacang berusia lebih 40 tahun sel...

KUANTAN: Bumbung sebuah rumah yang didiami oleh pasangan warga emas rosak teruk akibat dihempap pokok bacang berusia lebih 40 tahun selepas hujan dan angin kuat melanda Kampung Jaya Gading, petang kelmarin.

Menurut mangsa, Hamnah Besar, 70, dia tergamam melihat pokok berkenaan terbalik lantas menghempap bumbung bahagian ruang tamu rumahnya dalam kejadian jam 4 petang itu.

Menceritakan detik cemas itu, Hamnah berkata, pada mulanya dia keluar untuk meninjau keadaan cuaca namun terkejut apabila semua pokok di hadapan dan sekeliling kediaman condong ditiup angin kuat.

“Makcik nampak angin berpusar kira-kira 10 meter dari rumah. Lepas tu makcik nampak dahan pokok melayang dan masa tu tak ingat apa, hanya jerit nama ALLAH.

“Selang beberapa saat makcik tengok pokok bacang tumbang dan hempap ruang tamu kami,” katanya ketika ditemui di Kampung Jaya Gading, semalam.

Ibu kepada enam anak ini berkata, pada masa itu juga dia amat bimbang dengan keselamatan anaknya, Jasmin Ibrahim, 30, yang berada dalam rumah waktu kejadian.

"Syukur Jasmin tak ada di ruang tamu masa tu. Ini kali pertama kejadian macam ni berlaku. Memang kami sekeluarga terkejut sangat. Tapi Alhamdulillah kami semua selamat," katanya.

Sementara itu, suaminya, Ibrahim Awang, 75, berkata, dia tidak sedar pokok bacang menghempap rumahnya ketika kejadian itu sehingga ribut dan hujan mula reda.

“Pakcik tak perasan pokok bacang tumbang sebab inilah kali pertama tengok angin bertiup bukan main kuat. Takpalah kami anggap ini semua ujian dari ALLAH," kata bekas pesara kerajaan ini.

Dalam pada itu, Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada pemimpin dan wakil rakyat yang datang melawat dan menghulurkan bantuan kepada keluarganya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top