pahangdaily pahangdaily Author
Title: YM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Mengetuai Penerima Darjah Kebesaran
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PEKAN: Yang Mulia Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah mengetuai penerima Darjah-Darjah dan Pingat-Pinga...

PEKAN: Yang Mulia Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah mengetuai penerima Darjah-Darjah dan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah, yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, di sini, pagi ini.

Yang Mulia Tengku Hasanal, 21 ialah paduka anakanda kepada pasangan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran ‘Dato’ Sri’.

Turut dianugerahkan SSAP ialah Menteri Jabatan Perdana Menteri Dato’ Nancy Shukri, Penasihat Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datin Latifah Mohd Tahar, Profesor Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Encik Mohd Akram bin Shair Mohamed, Ketua Pusat Penyelidik Tasik Chini, YH Dato’ Professor Dr Mushrifah binti Idris dan Professor Kejuteraan Elektrik dan Komputer UIAM, YH Dato’ Seri Prof Ir. Dr Mashkuri bin Yaakob.

Istiadat pengurniaan anugerah darjah-darjah kebesaran negeri Pahang telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang.

Majlis Istiadat pagi ini dimulakan dengan perarakan masuk bintang-bintang kebesaran negeri Pahang yang di Ketuai, YAM Tengku Besar Pahang, Tengku Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah.

Diikuti keberangkan masuk Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang di iringi Kerabat-Kerabat Bergelar yang diketuai YAM Tengku Muda Pahang, manala Orang Besar-Besar siketuai Orang Besar Berempat Yang DiHormat Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan.

Seramai 28 orang menerima anugerah darjah Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran ‘Dato’.

Antara penerima SIMP, tiga orang menantu, 17 orang paduka-paduka cucunda putera dan puteri kepada KDYMM Sultan Pahang.

Manakala darjah dan pingat lain, Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) 34 orang, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) 126, SAP 21, SMP 66, AAP 46, AMP 42, PKC 57, PKT 61 dan PJK 106.

Semua paduka-paduka anakanda KDYMM Sultan Pahang putera dan puteri hadir di Balairong Seri,YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang Tengku Tan Sri Hajjah Meriam,YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Hajjah Tengku Dato’ Muhaini,YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajjah Dato’ Aishah, KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj,YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj, YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang Tengku Dato’ Hajah Nong Fatimah,YAM Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang Tengku Dato’ Hajah Shahariah dan YAM Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam.

Antara Orang Kenamaan yang hadir, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, YB Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussien, YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Haji Ismail bin Haji Mutalib.

Turut hadir, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Dato’ Sri Haji Ishak bin Mohamad, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato’ Haji Ismail bin Mohd Said, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Muhamad Safian bin Ismail, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah.

Istiadat hari ini diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Osman. #sumber

Advertisement

 
Top