pahangdaily pahangdaily Author
Title: Zahid Hamidi: UMNO Serahkan Kepada Najib Untuk Sokong Usul Hadi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Umno akan menyerahkan kepada Presidennya, Datuk Seri Najib Razak bagi menentukan sama ada parti Melayu itu akan menyokong...
KUALA LUMPUR: Umno akan menyerahkan kepada Presidennya, Datuk Seri Najib Razak bagi menentukan sama ada parti Melayu itu akan menyokong usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibentangkan rakan sejawatnya dari PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kita serahkan kepada perdana menteri bagi menentukan, pada situasi yang telah ditentukan,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.
Pindaan yang dibentangkan Hadi Mei lepas itu bertujuan memberikan kuasa lebih kepada mahkamah syariah membicarakan kesalahan jenayah melibatkan orang Islam dan menjatuhkan hukuman lebih berat.
Ia dilihat sebagai usaha awal PAS memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa menentukan sama ada RUU itu akan dibahaskan atau tidak.
“Dalam peraturan Parlimen, RUU ada dalam kedudukan ke-4 dan terletak pada speaker untuk menentukan.
“Kita serahkan sepenuhnya pada speaker,” katanya.
Semalam, Ahli Parlimen dari PKR, Tian Chua berkata pihaknya tidak ada masalah menyokong usul untuk memperkasa mahkamah syariah.
Bagaimanapun, beliau mahu butiran lanjut sebelum menyokong usul itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top