Zaid Ibrahim Kemungkinan Minta Ehsan Bertanding Tiket DAP Atau PAN


KUALA LUMPUR: Bekas menteri UMNO, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mendedahkan beliau mempunyai peluang 50 peratus untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Perkiraan itu, ujar beliau, berdasarkan kepada beberapa sebab.

"Satu, saya mempunyai kes jenayah yang belum selesai, didakwa kerana menghina perdana menteri apabila saya kata beliau berbahaya dan perlu berundur.

"Walaupun peguam saya dikalangan yang terbaik, saya masih mempunyai peluang 50% untuk didapati bersalah dan hilang kelayakan untuk bertanding," katanya.

Jika itu tidak berlaku, tambah Zaid, beliau akan mempunyai peluang 50% untuk menyertai sama ada DAP atau Parti Amanah Negara (PAN).

"Saya harap mereka akan terima saya dan memberikan kerusi jika saya memohon untuk menyertai mereka," katanya.

Akhirnya, Zaid menambah, walaupun beliau mahu bertanding, hanya ada peluang 50 peratus untuk mendapatkan dana yang mencukupi untuk membiayai pilihan raya.

"Sekarang terdapat cadangan di bawah undang-undang baru yang menetapkan tiada had kepada berapa banyak calon boleh menghabiskan semasa pilihan raya, cadangan yang membawa bencana kepada calon-calon pembangkang dengan sedikit wang," jelasnya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]