pahangdaily pahangdaily Author
Title: Abdul Hadi Bentang Usul Pinda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355)
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul untuk meminda Akta 1965 (Pindaan) (Bidang Kuasa Jenayah) M...

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul untuk meminda Akta 1965 (Pindaan) (Bidang Kuasa Jenayah) Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat pada Khamis.
Sambil memetik Arahan Tetap 15 (5), Hadi bagaimanapun berkata, beliau akan menjelaskan pindaan tersebut pada sidang Parlimen yang berikutnya.
Pembentangan usul Rang Undang-Undang (RU) Persendirian bertujuan memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syarikat berhubung bentuk hukuman seperti yang termaktub dalam Seksyen 2 akta berkenaan atau dikenali sebagai RUU335.
Buat masa ini, hukuman dikenakan berdasarkan pindaan akhir pada 1984 yang menetapkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau dengan tidak kurang RM5,000 atau sebatan tidak lebih enam kali.
Abdul Hadi yang merupakan anggota Parlimen Marang mengemukakan usul untuk menggantikan hukuman tersebut dengan pindaan melibatkan huuman penjara tidak lebih 30 tahun atau dendan tidak kurang RM100,000 atau 100 sebatan mengikut undang-undang Syariah. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Thursday, November 24, 2016 3:54:00 PM

kata kata dari RM90 JUTA

 
Top