pahangdaily pahangdaily Author
Title: ABIM: Malaysia Perlulah Mengkaji "Hubungan Diplomatik" Dengan Myanmar
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GOMBAK: Putrajaya disarankan mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Kerajaan Myanmar berkait dasar sedia ada sebagai bantahan terha...
GOMBAK: Putrajaya disarankan mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Kerajaan Myanmar berkait dasar sedia ada sebagai bantahan terhadap kezaliman dilakukan tentera negara itu ke atas etnik Rohingnya.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, penelitian semula keanggotaan Myanmar sebagai negara ASEAN juga perlu dikaji ekoran wujud perlanggaran prinsip kemanusiaan seperti tertakluk dalam perjanjian pemeteraian keanggotaaan ASEAN sebelum ini.
“ABIM merujuk kepada prinsip dalam ASEAN Human Rights Declration yaang turut ditandantangani Kerajaan Myanmar pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 di Phnom Penh, Kemboja yang menekankan prinsip hak asasi manusia secara jelas untuk segenap manusia yang duduk dalam sesebuah negara ASEAN.
“Justeru, ABIM menggesa Kerajaan Malaysia dan seluruh negara ASEAN bertegas menilai semula keanggotaan Myanmar kerana tindakan kejam mereka amat bercanggah dengan prinsip juga budaya negara serantau,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan dibacakan Setiausaha Agung Pertubuhan itu, Muhammad Faisal Abdul Aziz (foto) dalam sidang media di Ibu Pejabat ABIM, di sini, hari ini.

ABIM sebelum ini pernah membangkitkan perkara sama, pada 19 September 1996 mendesak Kerajaan Malaysia mengetatkan dan memperhalusi semula cadangan kemasukan Myanmar ke dalam ASEAN.
Gesaan itu diterjemahkan dalam satu serahan memorandum bersama lebih 30 pertubuhan badan bukan kerajaan kepada Kementerian Luar.
Tidak lama selepas itu, Myanmar diterima sebagai negara anggota ASEAN yang dianggotai beberapa negara lain termasuk Malaysia, Singapura, Vietnam, Laos, Indonesia, Kemboja dan Thailand.
Terdahulu, laporan media mendedahkan, tentera Myanmar melancarkan serangan berterusan di penempatan etnik Rohingnya di Rakhine yang mengorbankan 25 mangsa sejak semalam.
Pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi dalam kenyataannya sebelum ini berkata, isu masyarakat Rohingnya tidak perlu diperbesarkan lantas menimbulkan kemarahan masyarakat Islam sedunia. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top