pahangdaily pahangdaily Author
Title: Adam Rosly Berkata, Beliau Akan Isytihar Aset Jika Di Arahkan Parti
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly akan mengisytiharkan aset miliknya jika terdapat arahan dar...

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly akan mengisytiharkan aset miliknya jika terdapat arahan daripada parti.
Jika tidak, Adam berkata, beliau memegang kepada kepercayaan bahawa asetnya merupakan hal peribadi.
"Saya bersetuju dengan cadangan itu (mengisytiharkan harta saya), tetapi apakah keperluan untuk saya berbuat demikian?

"Saya bukan seorang penjawat awam. Tetapi jika ia adalah arahan umum PKR dan berbuat demikian akan memuaskan hati semua pihak, maka saya bersedia untuk mengisytiharkan harta saya," kata Adam pada sidang media, Jumaat.
Adam berkata, beliau akan mengisytiharkan asetnya sekiranya parti memilih beliau menjadi calon pada pilihan raya umum.
Selasa lalu, Ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, Adam perlu memberi penjelasan mengenai bagaimana beliau boleh memperoleh rumah mewah di Kuala Lumpur pada usia muda.
Adam, 28, menjelaskan bahawa beliau membeli banglo dua setengah tingkat di Ampang dalam satu lelongan berharga RM1 juta. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top