pahangdaily pahangdaily Author
Title: Amanda Lacaze: Tiada Pencemaran Selepas Empat Tahun Lynas Beroperasi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Tiada sebarang pencemaran disebabkan Lynas selepas empat tahun beroperasi di Gebeng, di sini. Ketua Eksekutifnya,  Amanda La...

KUANTAN: Tiada sebarang pencemaran disebabkan Lynas selepas empat tahun beroperasi di Gebeng, di sini.

Ketua Eksekutifnya,  Amanda Lacaze berkata, syarikat itu mematuhi standard operasi ketat tanpa memberikan kesan pencemaran.

Menurutnya, penerimaan orang ramai terutama masyarakat setempat terhadap Lynas semakin baik.

“Tidak dinafikan ada segelintir pihak menentang dan membantah operasi Lynas.

“Tahun lepas kami berdepan situasi teruk dengan pelbagai bentuk bantahan namun kami patuh pada garis panduan ditetapkan yang turut merangkumi aspek keselamatan.

“Selepas empat tahun beroperasi, aktiviti Lynas tidak mendatangkan impak negatif seperti pencemaran tanah dan sungai,” katanya ketika ditemui pada Karnival Lynas di Padang MPK 1, di sini, semalam.


Amanda (tengah) merasmikan perlawanan bola sepak pembukaan yang disertai penduduk setempat sempena Karnival Lynas di Padang MPK 1, semalam.

Amanda berkata, Lynas melaksanakan tanggungjawab sosial korporat kepada penduduk setempat termasuk melalui program kemasyarakatan dan aktiviti sukan selain pameran berkaitan syarikat itu.

Menurutnya, usaha  itu antara pendekatan diambil bagi meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap operasi Lynas.

“Orang ramai boleh berkunjung ke tapak pameran dan bertanya apa sahaja kemusykilan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top