pahangdaily pahangdaily Author
Title: Anak Beranak "Bertikam" Sampai Mati, Kerana Duit Di Johor Bahru !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU: Pertengkaran dua beranak yang sama-sama menganggur berpunca daripada ma­salah kewangan berakhir de­ngan tragedi apabila ...

JOHOR BAHRU: Pertengkaran dua beranak yang sama-sama menganggur berpunca daripada ma­salah kewangan berakhir de­ngan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati ditikam dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Ehsan Jaya, Desa Cemerlang di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 7 malam, Azrul Hanafi, 23, mati selepas dia cedera di dada kiri. Mayat Azrul ditemui di ruang tamu rumah. Bapa Azrul yang berusia 54 tahun pula cedera terkena tikaman di dada kiri dan perut.
Azrul merupakan anak sulung daripada empat beradik. Kejadian menyedihkan itu disaksikan ibu mang­sa, Nor Hasidah Hashim, 49.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd. Aziz berkata, siasatan tragedi itu dikatakan berpunca daripada mangsa yang didakwa tidak berpuas hati dengan bapanya berkaitan kewangan.
Menurut beliau, masalah dan perselisihan faham antara kedua-dua beranak yang tidak bekerja itu sudah lama dan pergaduhan malam kelmarin merupakan kemuncaknya.
“Ketika polis tiba di rumah teres dua tingkat itu, kita mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk dan berunding dengan si bapa yang enggan menyerah diri. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top