pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bersih 5: Polis Isytihar Sebelas Zon Larangan, 7,000 Anggota Bertugas
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Polis mengambil semua langkah keselamatan bagi memastikan Bersih 5 esok berjalan secara aman, walaupun terdapat ancaman hi...
KUALA LUMPUR: Polis mengambil semua langkah keselamatan bagi memastikan Bersih 5 esok berjalan secara aman, walaupun terdapat ancaman himpunan balas kumpulan Baju Merah ‘.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, langkah-langkah keselamatan itu termasuklah meletakkan anggota di tempat tertentu termasuk mengarahkan 7,000 pegawai bertugas ke Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya.
Jika keadaan menjadi tidak terkawal, katanya polis akan bersedia mengambil “tindakan drastik” dan menangkap pengacau.
“Kami sedang menilai situasi tersebut dan akan berbuat demikian sehingga akhir (perhimpunan).
“Jika daripada penilaian dan risikan yang kami berkumpul mendapati aktiviti ini boleh mengancam ketenteraman awam serta menimbulkan huru-hara, mungkin dalam bentuk pergaduhan antara pihak-pihak yang bertentangan, kita akan ambil tindakan.
“Jika perlu, untuk menghentikan pergaduhan atau rusuhan, kami akan mengambil tindakan drastik, termasuk menangkap mereka yang bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di Hotel Sri Pacific, hari ini.
Noor Rashid berkata, polis menerima maklumat yang beberapa pihak, sama ada penyokong Baju Merah atau Bersih 5, boleh menyusup masuk mana-mana pihak dengan tujuan menimbulkan kekacauan.
Mereka juga sedar ada pihak tertentu yang menggunakan samseng dan organisasi tidak berdaftar untuk menghadiri perhimpunan tersebut, yang pada mulanya dikatakan perhimpunan aman.
Beliau menjawab soalan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, polis terikat secara undang-undang untuk memastikan pergerakan Baju Merah mengadakan perhimpunan balas berada pada lokasi berbeza.
Satu laporan Malay Mail Online kata Hakim Nantha Balan, semasa membacakan keputusan memetik Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman yang menyatakan pihak polis mesti melencongkan mana-mana himpunan balas jika mereka tahu pertelingkahan akan berlaku.
Sementara itu, Ketua Polis KL Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata untuk mengelakkan pertempuran antara kumpulan yang dijangka menghadiri perhimpunan esok, 58 jalan raya di 10 kawasan utama sekitar KL akan ditutup kepada orang ramai dan kenderaan dilencongkan ke jalan lain.
Beliau berkata, setakat ini polis dimaklumkan selain Bersih 5 dan kumpulan Baju Merah, 2 kumpulan lain, Baju Putih dan Baju Hitam juga akan berkumpul di Dataran Merdeka.
“Ada kemungkinan berlakunya perbalahan (antara kumpulan), jadi kami menasihatkan kumpulan berkenaan tidak meneruskan perhimpunan.
“Kami juga menasihati orang ramai supaya tidak menghadirinya,” kata beliau dalam sidang media berasingan petang ini.
Selain penutupan jalan, beberapa kawasan diisytiharkan sebagai ‘zon dilarang masuk’,” katanya.
Zon dilarang masuk adalah:
• Dataran Maybank Bangsar
• Little India, Brickfields
• Masjid Negara
• Muzium Negara
• Sogo
• Dataran Merdeka
• Parlimen
• Bank Negara
• Jalan Pudu
• PWTC
• Kit Chow

Advertisement

Post a Comment

 
Top