pahangdaily pahangdaily Author
Title: Binaan Konkrit Di Tapak Pembinaan KL Eco City Runtuh Hempap Pekerja
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Tiga pekerja pembinaan dilaporkan kritikal manakala seorang cedera selepas bina...

KUALA LUMPUR: Tiga pekerja pembinaan dilaporkan kritikal manakala seorang cedera selepas binaan konkrit setinggi bangunan dua tingkat runtuh.
Kejadian itu berlaku di tapak pembinaan KL Eco City, berhampiran Kampung Haji Abdullah Hukum, di sini, petang tadi.
Difahamkan dua lagi mangsa masih belum lagi dapat dikeluarkan akibat tersepit dengan runtuhan.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata pihaknya menerima laporan jam 3.33 petang dan mengerahkan 23 anggota dari Balai Bomba Pantai, Hang Tuah dan Seputeh ke tempat kejadian.
“Difahamkan, binaan itu runtuh dan menghempap pekerja. Berdasarkan maklumat awal, terdapat 5 atau enam mangsa.
“Tapi setakat ini tiga disahkan kritikal dan seorang cedera,” katanya di sini.

Katanya, operasi menyelamat masih dilakukan di lokasi kejadian dan maklumat penuh akan menyusul kemudian.
Berikut adalah gambar yang diperolehi yang dimuat naik ke laman media sosial oleh orang ramai dan China Press. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top