pahangdaily pahangdaily Author
Title: Blogger Din Turtle Meninggal Dunia Selepas Catatan Terakhir Bersih 5
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Selepas memuat naik catatan terakhir di blognya, Shaifudin Mahmud (foto), atau l...
PETALING JAYA: Selepas memuat naik catatan terakhir di blognya, Shaifudin Mahmud (foto), atau lebih popular dengan nama penanya Din Turtle, meninggal dunia petang semalam di Terengganu.
Menurut kenalan rapatnya, Shaifudin, 50, meninggal dunia pada 6.15 petang selepas mengadu keletihan dan sakit badan.
“Menurut isterinya, ketika pulang dari kerja, dia melihatnya terlantar di atas katil. Dia mengadu letih dan sakit badan,” kata Rushdan Mohamed.
“Sejurus selepas itu, dia tidak sedarkan diri dan sudah tiada,” katanya yang melahirkan rasa terkejut dengan kematiannya.

Shaifudin, yang terkenal dengan komen politik menerusi blognya dinturtleoriginal.blogspot.my, baru sahaja memuat naik catatan mengenai perhimpunan Bersih 5 Sabtu lepas.
“Tahniah kepada mereka yang bersemangat waja (walaupun luaran mereka ini orang biasa saja, muka tak ganas, tak pandai silat atau kungfu) yang tetap hadir walaupun berdepan dengan pelbagai kemungkinan tindakan dari baju merah mahupun pihak berkuasa,” tulis Shaifudin yang kerap membidas Barisan Nasional.
Seorang lagi sahabat rapat beliau dan rakan blogger Syed Akbar Ali meluahkan rasa sedih atas pemergiannya.
Menurutnya, bekas blogger pro-Umno itu memilih nama Din Turtle kerana pernah bekerja sebagai penyelam di Terengganu.
“Din seorang yang bebas pemikirannya. Kita semua akan merindui penulisan dan pandangan pedas beliau,” kata media.
Sebelum memulakan blognya yang berjaya menarik lebih 3.5 juta pelawat, Shaifudin menjalankan perniagaan menjual cenderahati.
Beliau dikebumikan di Kuala Terengganu pagi ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top