Felda Pecah Amanah, Mahkamah Tolak Saman Yang Di Kemuka 577 Peneroka Chini


KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan, di sini, hari ini menolak saman dikemukakan 577 peneroka dari Felda Chini dan Chini Timur terhadap Felda serta sebuah anak syarikatnya atas dakwaan penipuan dan pecah amanah.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya selepas mendapati plaintif gagal membuktikan dakwaan itu berdasarkan keterangan saksi sepanjang 51 hari perbicaraan.

Bagaimanapun Mariana menetapkan RM300,000 sebagai kos ganti rugi perlu dibayar peneroka yang menyaman Felda dan Felda Palm Industries.

Terdahulu, pada 26 April 2012, 577 peneroka dari lapan tanah rancangan di Felda Chini dan Chini Timur memfailkan saman atas dakwaan penipuan serta pecah amanah.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd. sebagai defendan dan mendakwa telah menggredkan hasil minyak sawit lebih rendah daripada sepatutnya sejak 17 tahun lalu.

Defenden diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala peneroka oleh R. Sivarasa dan Shahid Ahlid Kamarudin. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]