[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Hadi Awang: PAS Sedia Untuk Bekerjasama Dengan Pakatan Harapan



KUALA LUMPUR: PAS sedia bekerjasama dengan semua parti Pakatan Harapan selagi hal dalaman parti Islam itu tidak diganggu, demikian tegas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Pas telah lama membuka pintu (kerjasama). Kami tidak pernah menutup pintu.
"Tetapi jika anda memasuki pintu tersebut, jangan menggangu isu rumah (hal dalaman PAS)," kata beliau di lobi Parlimen pada Rabu.
Hadi berkata demikian mengulas pertanyaan tentang kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin bahawa parti itu bersetuju untuk pertarungan satu lawan satu dalam pilihan raya ke-14 akan datang.
Hashim berkata, kerjasama (antara PAS dan Pakatan Harapan) akan memberi gambaran positif terhadap pembangkang.
Ditanya sama ada PAS akan memulihkan hubungan dengan DAP, Hadi mengulangi pendirian sebelum ini iaitu selagi hal dalaman PAS tidak diganggu, perkara itu tidak menjadi masalah. #sumber
"Jangan cetuskan sebarang gangguan di dalam rumah (PAS)," katanya. #sumbet

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Ha hahaha Pak Lawak Serban!

Anonymous said...

Hadi baru terasa..dah kena kincin dengan umno kes RUU 355..orang dh bagi tau tak nak dengar...degil..sekarang pening..

mfi usj said...

Kalau bau hancing takan nak diam kot wahai tuan presideng rumah pas. Kalau itu dikatakan campurtangan hal parti pas, elok sajalah pas becengkerama dgn Parti Ikatan. Takde sesiapa nak kisah pun.

Hari tu bagi syarat Tak mau Amanah lah. Hari ini syarat apa lak? Sudah lah presideng hoi, dah malam dah!

Anonymous said...

dia nk bagi tau jgn masok campor hal balak..hal dedak...itu hal rumahtangga kami....mak ang!!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]