pahangdaily pahangdaily Author
Title: Harga Bahan Api Naik Sebanyak 15 Sen Mulai Bulan November Ini
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Harga bahan api akan menyaksikan peningkatan sebanyak 15 sen pada November ini...

PETALING JAYA: Harga bahan api akan menyaksikan peningkatan sebanyak 15 sen pada November ini.
Harga runcit petrol meningkat sebanyak 15 sen dengan RON95 pada RM1.95 seliter dari RM1.80 sebelum ini, manakala RON97 meningkat kepada RM2.30 seliter (berbanding RM2.15).
Diesel pula naik 15 sen kepada RM1.90 seliter dari RM1.75.
Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia Nor, Manshor Abdul Ghafar.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga petrol dan diesel berdasarkan sistem apungan sejak 1 Disember 2014, berikutan pemansuhan subsidi bahan api. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top