pahangdaily pahangdaily Author
Title: Himpunan Haram: Exco Pemuda UMNO Sedia Menerima Tindakan Disiplin
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Abu Hanifah bersedia dipanggil untuk menghadap Majlis Tertinggi  UMNO  bagi memberi penjel...
PETALING JAYA: Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Abu Hanifah bersedia dipanggil untuk menghadap Majlis Tertinggi UMNO bagi memberi penjelasan mengenai pembabitannya dalam himpunan pada 19 November lalu.
Bagaimanapun, sehingga hari ini beliau masih belum menerima sebarang surat ataupun tuntutan penjelasan daripada partinya itu.
“Saya sentiasa bersedia (untuk dipanggil memberi penjelasan), InsyaAllah. Setakat hari ini masih belum (menerima surat tindakan tatatertib daripada UMNO),” katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan akan mengambil tindakan ke atas ahli parti yang didapati menyertai perhimpunan haram.
Tengku Adnan berkata, pihaknya juga sedang meneliti rakaman perhimpunan itu bagi mengenal pasti ahli yang menyertai Bersih 5 dan Baju Merah, sebelum dibawa kepada Lembaga Disiplin UMNO.
Armand bagaimanapun berharap isu ini tidak dispekulasikan lebih lanjut dan meminta supaya menunggu sehingga keputusan MT UMNO keluar.
“Tunggu sahaja keputusan MT,” katanya lagi.
Armand sebelum ini dilihat secara jelas terbabit dalam gerakan Baju Merah malah turut memimpin kira-kira 1,000 penyokong di ibu negara pada 19 November lalu.
Armand turut ditahan pihak polis sejurus sebelum kumpulan Baju Merah bersurai di Padang Merbok, pada sebelah petangnya. Bagaimanapun, beliau dibebaskan pada 21 November.
Tengku Adnan turut kecewa dengan tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyertai perhimpunan berkenaan.
“Saya pun tak faham, dulu cakap ini semua tak patut berlaku. Saya rasa mereka ini angkuh dan terlalu kecewa. Percayalah pada qada dan qadar,” kata Tengku Adnan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top