pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu Kain Kafan Jenazah Masih Baru, Sebenarnya Ia Telah Di Tukarkan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PONTIAN: "Itu normal, tiada yang menghairankan cuma ceritanya sahaja yang ditambah-tambah...

PONTIAN: "Itu normal, tiada yang menghairankan cuma ceritanya sahaja yang ditambah-tambah," jelas Masdar Mat Badron, 67.

Bekas Imam Masjid Kampung Sungai Durian ini merupakan salah seorang yang terlibat dengan kerja-kerja penggalian semula dan pemindahan kubur ‎di Tanah ‎Perkuburan Islam Kampung Serkat Barat yang bermula pada Isnin lalu.

Menurut Masdar, dia amat terkejut selepas mengetahui tentang kisah jenazah yang didakwa masih balutan kain kapan di media sosial melalui telefon bimbit penduduk kampung ketika kerja-kerja penggalian semula dan pemindahan kubur dilakukan di Kampung Durian, pagi tadi.


"Apa yang dikatakan memang benar tetapi ia diceritakan melebih-lebih. Ini kerana keadaan jenazah dalam balutan itu sesuatu yang normal bagi jenazah dikebumikan tidak lebih daripada 10 tahun.

"Masakan saya tidak ingat apa yang berlaku. Kubur bekas Ketua Kampung Abdullah Ahmad merupakan kubur yang pertama sekali digali daripada kira-kira 109 buah kubur yang dipindahkan tempoh hari.

"Mayat juga sudah mula mereput. Keadaan itu normal. Selepas diangkat, mayat diletakkan atas kain putih baharu, mungkin gmbar itu yang diambil dan disebarkan di media sosial,"katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Durian di sini, pagi tadi.

Dia ‎berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar jenazah yang didakwa masih dalam balutan di media sosial sejak beberapa hari lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dua tahun, jenazah masih keadaan baik]

Masdar yang juga Mantan Ketua Kampung Kawasan (6) Sungai Durian, memberitahu arwah yang merupakan rakan baiknya meninggal dunia pada tahun 2014 akibat sakit tua.


"Saya sudah biasa dengan kerja-kerja menguruskan jenazah, kerana sebelum menjadi imam saya merupakan tukang gali kubur di sini.

"‎Tiada apa yang menghairankan, tetapi ceritanya sudah dilebih-lebihkan membuatkan semua orang tertanya apa yang telah berlaku sebenarnya," katanya.

Tegasnya, dia meminta semua yang terlibat dengan kerja-kerja penggalian dan pemindahan semula kubur tidak menyebarkan gambar jenazah di laman-laman sosial kerana ia dibimbangi akan mengaibkan si mati dan keluarganya.

Dua buah kawasan tanah perkuburan di  Kampung Serkat dan Sungai Durian Laut, terlibat dengan dengan kerja-kerja pemindahan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran jalan Tanjung Piai- Permas.

Kerja-kerja penggalian kubur diketuai oleh Pejabat Agama Daerah dengan dibantu agensi berkaitan serta penduduk kampung. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top