Jamal: Gabungan NGO Malaysia Tawar Kawal Keselamatan Bersih 5


KUALA LUMPUR: Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia menawarkan 2,000 anggotanya untuk membantu mengawal keselamatan Perhimpunan Bersih 5.0 sekiranya ia diadakan di kawasan tertutup pada 19 November ini.

Pengerusinya Datuk Jamal Md Yunos berkata pihaknya sedia menyumbangkan tenaga dalam memastikan penganjuran Bersih 5.0 di kawasan seperti Stadium Shah Alam berjalan lancar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan mengenai Perhimpunan Bersih 5.0 bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Jamal berkata pihaknya akan mengadakan protes bagi mendesak kerajaan membubarkan Majlis Peguam Malaysia.

Pada Khamis, Majlis Peguam Malaysia mengakui bahawa ia menerima sejumlah RM$53,757.12 (US$15,000) dana daripada Open Society Foundation (OSF) sebagai geran untuk menjalankan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen majlis berkenaan, Datuk Seri M. Ramachelvan berkata pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Jan 2015. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]