pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jamal Nafi Sebut 'Polis Pukul Saya' Dalam Insiden Tumbuk Di Ampang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos pada Isn...

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos pada Isnin menafikan beliau menyebut polis telah menumbuknya dalam insiden di sebuah pusat beli-belah pada Ahad.
Jamal berkata ketika kejadian, beliau ingin memberitahu polis bahawa beliau telah dipukul, bukan polis yang telah memukulnya.
"Pada waktu itu berlaku pergelutan, bukan saya sebut polis pukul saya, tetapi saya ingin beritahu kepada polis bahawa saya dipukul. Sebab itu saya minta laluan kepada polis sebab saya mahu kejar individu yang tumbuk curi sehingga saya berdarah, itu maksud saya.
"Tapi mungkin suasana agak kelam kabut dan saya seolah-olah berkata polis pukul saya," katanya kepada pemberita di hadapan Balai Polis Pandan Indah di sini, Isnin.
Selain itu, Jamal turut menafikan video yang tersebar di laman sosial yang memaparkan beliau bersama kumpulannya bergaduh dengan anggota polis.
"Apabila lihat video di YouTube atau media sosial, seolah-olah kami bergaduh dengan polis, kami bukan bergaduh dengan polis, kami mohon kepada mereka beri laluan untuk kami kejar individu itu," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang Ahad, Jamal cedera di bahagian muka akibat dipukul individu tidak dikenali ketika mengekori anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan Bersih di dalam pusat membeli-belah di Ampang itu.
Jamal dipanggil ke balai polis itu untuk diambil keterangan berhubung insiden beliau ditumbuk. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top