Jamal 'Wakil' Rafizi Mohon Maaf Fitnah Shahrizat Isu Pusat Fidlot Kebangsaan


KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan usul ekonomi Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO terhenti seketika susulan kehadiran secara mengejut pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Jamal yang memakai baju-T merah membawa bersama sepanduk dengan wajah pemimpin PKR, Rafizi Ramli.Kehadiran beliau kononnya mewakili Rafizi untuk memohon maaf kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kerana memfitnah beliau berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan sebelum ini.
Sepanduk itu turut menyebut "Saya Rafizi Ramli @ Kaki Fitnah memohon ampun dan maaf kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kerana telah memfitnah beliau dan kini saya menerima hukuman setimpal 18 bulan penjara.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu turut meluangkan masa kira-kira lima minit di atas pentas untuk bertemu Shahrizat.
Kehadiran beliau menjadi perhatian kira-kira 977 perwakilan sekali gus mengubah suasana di dalam Dewan Tun Hussein Onn.
Sejurus bertemu Shahrizat, Jamal meninggalkan dewan dengan tepukan gemuruh perwakilan.
Sebelum ini, Jamal turut mencetuskan beberapa kontroversi membabitkan Gerakan Baju Merah yang diterajuinya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]