pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jamal Yunos Dakwa Penahanan Maria Chin Dan Mandeep Adalah Wajar
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan ahli jawatankuasanya, ...

PETALING JAYA: Penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan ahli jawatankuasanya, Mandeep Singh adalah wajar bagi memelihara keamanan negara.
Jamal dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, pergerakan Bersih 2.0 mempunyai agenda jahat untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, Najib dipilih secara demokrasi menerusi sistem pilihan raya maka Bersih 2.0 tiada hak untuk bersuara mewakili rakyat.
"Bersih sebenarnya tiada hak untuk bersuara dengan mencanang mereka mewakili rakyat kerana pertubuhan ini haram dan tidak berdaftar secara sah," katanya.
Jamal berkata, semua rakyat Malaysia diseru menolak protes Bersih 2.0 pada Sabtu kerana ia cuba mengganggu gugat keamanan di ibu negara.
"Saya juga berasa amat hairan dengan sikap sesetengah orang Melayu yang boleh terhasut dengan agenda kotor Bersih," tambahnya.
Beliau berkata, pergerakan Baju merah akan memastikan perhimpunan Bersih pada Sabtu gagal. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Sunday, November 20, 2016 7:06:00 AM

Kalau dah jadi barua UMNO apa yang dibuat oleh pemimpin yang korup semua betul dan baik adakah kita sedar yang rakyat hari ini telah berasa esan kerakusan najib dan kuncu-kuncunya cubalah buka mata dan lihat disekeliling mana ada negara islam mengenakan cukai keatas rakyat yang tidak sepatutnya dicukaikan kecuali malaysia dibawah tadbiran najib mengaku negara bercirikan islam tapi zalim hinggakan fakir miskin pun tidak terkeciali dengan cukai yang dikenakan jangan fikir dengan memberi BR1M segala maslahah dapat diselesaikan oleh para rakyat yang miskin ini.




 
Top