pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jamal Yunos Mohon Maaf Terpaksa 'Selak Kain' Zuraida Kamaruddin
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos secara sinis memohon maaf kep...

PETALING JAYA: Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos secara sinis memohon maaf kepada Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin selepas pemimpin PKR itu memberi kata dua kepadanya.
"Terima kasih YB Zuraida kerana mengingatkan saya (mengenai permohonan maaf). Saya di sini ingin memohon maaf kepada YB Zuraida kerana saya terpaksa 'menyelak kain' beliau. Saya nak lihat ada kudis di kakinya, ada kurap tak di pahanya, ada tak kudis-kudis yang lain di telapak kaki beliau.
"Jadi saya memohon maaf kerana terpaksa 'menyelak kain' beliau supaya kudis-kudis tersebut tidak berjangkit kepada rakyat Selangor,"  katanya pada sidang akhbar di Ampang, Selasa.
Pada Isnin, Zuraida memberi Jamal tempoh 48 jam untuk memohon maaf dan menarik semula kata-katanya jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil terhadapnya.
Beliau turut menuntut Jamal supaya tidak menyiarkan lagi apa-apa kenyataan fitnah dan membayar ganti rugi akibat kerosakan dan kecederaan semasa pergelutan yang berlaku di antara kumpulan Baju Merah dan polis di pusat membeli-belah Ampang Point di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Dalam pergelutan itu, Jamal ditumbuk dimuka dan mengalami kecederaan di bahagian hidung. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top