Kartunis Zunar Di Tahan Polis Bawah Akta Hasutan Di Pulau Pinang


GEORGETOWN: Kartunis  Zunar telah ditahan polis, jelas Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

"Saya boleh mengesahkan Zulkiflee SM Anwarul Haque@Zunar ditahan di IPD Timur laut, " jelas ACP Mior dalam satu kenyataan pada Sabtu petang.

Jelasnya, Zunar ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

“Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” tambahnya. 

Pada Jumaat, sekumpulan 20 hingga 30 orang yang diketuai Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim menyerbu pameran di aras tiga Komtar lebih kurang pukul 2.45 petang.

Insiden tersebut berlaku selepas tiga jam Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merasmikan pameran tersebut.

Rafizal meminta Zunar untuk menurunkan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengaibkan di pameran itu, dan ianya dibuat lebih kurang pukul 3.15 petang.

Pameran tersebut yang dijadual berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad terpaksa dibatalkan. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Amin Hakim said...

Kerajaan dah makin takut tu.. inikalilah kita ubah

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]