pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kenyataan Berbaur Hasutan, Zaid Sedia Beri Kerjasama Kepada Polis
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau sedia memberi kerjasama dengan polis yang akan memanggilnya b...

PETALING JAYA: Bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau sedia memberi kerjasama dengan polis yang akan memanggilnya berhubung kenyataan berbaur hasutan dan mengelirukan di Twitter miliknya.
Ketika diminta mengulas mengenai arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk memanggilnya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan itu, Zaid berkata beliau tidak terkejut dengan tindakan tersebut.
"Ketua Polis Negara sentiasa berminat terhadap tweet saya. Saya tidak terkejut dengan tindakannya.
"Saya akan menjawab pertanyaan polis dengan berterus-terang seperti yang sentiasa saya lakukan," katanya pada Jumaat.
Terdahulu, Khalid menerusi Twitternya memaklumkan PCIRC akan memanggil Zaid berhubung kenyataannya menggunakan akaun Twitter @zaidibrahim.
Dalam tweet beliau, Zaid mempersoalkan integriti ketua badan kehakiman dan eksekutif di Malaysia.
Namun, Zaid berkata beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.
"Malah, saya cuba menggambarkan implikasi keputusan mahkamah mengenai skop kuasa Peguam Negara," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top