pahangdaily pahangdaily Author
Title: Keputusan Kes Kumpulan Ajaran Harun Di Ketahui 27 Disember Ini
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan, di sini, pagi tadi menetapkan 27 Disember depan bagi keputusan...

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan, di sini, pagi tadi menetapkan 27 Disember depan bagi keputusan pertuduhan ketua kumpulan ajaran Harun iaitu Harun Mat Saat, 50, dan lima pengikutnya atas tuduhan berkonspirasi membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.

Ia diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman selepas pihak pendakwaan gagal mengemukakan hujah bertulis mengikut tempoh sepatutnya.

Bagaimanapun Harun yang sudah meninggal dunia, 16 Ogos lalu dan tertuduh lain iaitu isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 33, pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40, dan tiga pengikut Jefferi Safar, 39, Sumustapha Suradi, 41, serta Shamsinar Abdul Halim, 39, telah pun membela diri, 20 Mei lalu.

Namun begitu pengikutnya iaitu Shamsinar dan Sumustapha telah diarahkan pihak mahkamah membela diri bagi satu lagi kes pertuduhan iaitu bersama seorang lagi yang masih bebas membunuh Ahmad Raffli pada waktu dan lokasi yang sama.

Dengan itu, semua tertuduh dituduh melakukan konspirasi tersebut di No 7, Lorong IM  2/29, Bandar Indera Mahkota, di sini, pada jam 1.50 petang, 10 November 2013.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khalmizah Salleh, Nurul Farahah Suah dan Shahrul Ekhsan Hasim.

Manakala, pihak pembelaan diwakili peguam Amir Hamzah Arshad, Hermes Media Putra Ibrahim dan Mohammad Naim Mahmud. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top