pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kerajaan Belanjakan RM30 Juta Jaga Dua Ekor Panda China Sejak 2014
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Perbelanjaan menjaga 2 ekor panda gergasi yang dihadiahkan kerajaan China pada 2014 memakan sehingga RM30.2 juta, dengan...
KUALA LUMPUR: Perbelanjaan menjaga 2 ekor panda gergasi yang dihadiahkan kerajaan China pada 2014 memakan sehingga RM30.2 juta, dengan purata RM60,000 sebulan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jumlah itu diperuntukkan di bawah Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang dipersetujui bersama Beijing.
Dalam jawapan bertulis, Wan Junaidi berkata kerajaan memperuntukkan RM25.4 juta manakala selebihnya dibelanjakan Zoo Negara, yang menjadi tuan rumah kepada 2 panda Fu Wa (Xing Xing) and Feng Yi (Liang Liang).
Panda itu dipinjamkan kepada Malaysia pada 2014 untuk tempoh 10 tahun, sebagai simbol hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China.
Perjanjian itu bagaimanapun mensyaratkan panda dan anak panda yang dilahirkan pada Ogos lalu, tetap milik China walaupun dilahirkan di Malaysia.
“Untuk menamakan anak panda sekalipun, perlu ada kebenaran China,” kata Wan Junaidi.
Xing Xing dan Liang Liang tiba di Malaysia pada Mei 2014 dan ditempatkan di dalam kawasan berhawa dingin di Zoo Negara.
Beijing sebelum ini beberapa kali menggunakan panda, antara binatang dikategorikan paling tinggi tahap kepupusan, sebagai simbol diplomatiknya dengan negara lain, termasuk Amerika Syarikat, Rusia dan United Kingdom. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top