pahangdaily pahangdaily Author
Title: Khairuddin Mahu Polis Siasat Pandikar, NGO Kerana Langgar Demokrasi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat laporan polis terhadap speaker Dewan Rakyat dan d...
PETALING JAYA: Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat laporan polis terhadap speaker Dewan Rakyat dan dua badan bukan kerajaan (NGO) atas dakwaan melanggar demokrasi berparlimen.
Selain Tan Sri Pandikar Amin Mulia, laporan polis bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu turut menamakan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan yang membuat laporan polis terhadap tiga bekas menteri membangkitkan isu 1MDB di Dewan Rakyat, minggu lalu.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, anak guamnya mahu polis menyiasat Pandikar dan dua NGO yang disebut dalam laporan polis atas dakwaan menyimpang demokrasi berparlimen.
Haniff berkata, anak guamnya turut menggesa polis menyiasat JMM dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan atas ugutan jenayah.
“Anak guam saya menjangka polis bertindak segera dan cekap terhadap tiga pihak itu sepertimana penyiasat mula bertindak sebaik sahaja dua NGO itu membuat laporan mereka terhadap ahli Parlimen terbabit,” katanya hari ini.
Tiga ahli Parlimen itu adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Pada 27 Oktober lalu, Pandikar mengadakan sidang akhbar dan berkata tiga bekas menteri itu mungkin melanggar beberapa peraturan, termasuk Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan kerana membangkitkan isu 1MDB ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, minggu lalu.
Akibatnya, polis sedang menyiasat tiga bekas menteri itu kerana mendedahkan rahsia kerajaan, termasuk berkaitan 1MDB susulan laporan polis dua NGO itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Saturday, November 05, 2016 7:56:00 AM

Menteri-menteri dan juak-juak najib ni adakah mereka sedar yang mereka juga akan diseret kemuka pengedilan jika takdir UMNO/BN tumpas dalam PRU14 nanti sanpai sanggup menidakkan apa yang sedang najib lakukan sekarang ini hingga dunia luar telah tidak lagi hormat perlembagaan negara rakyat telah muak dengan kerenah najib yang telah salah guna kuasa dengan menyuruh pehak lain menyelesaikan masaalahnya contoh pabila wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat bertanya bagi pehak rakyat yang memilih mereka hal yang berkait dengan kebajikan rakyat najib telah gunakan kuasa polis untuk menutup mulut mereka agaimana rakyat hendak meluahkan ketidakpusan hati mereka janganlah tunggu sampai rakyat bangkit baru hendak bertindak najib kata buatlah mengikut jalan yang dibenarkan bagaimana hendak buat car itu jika menteri yang dilantik najib semuanya kaki pengampu ada menteri yang cuba bertanya akan dipecat dan tindakan tattertib akan dikenakan jadi dari qarah mana lagi rakyat dapat menegur kerakusan najib ini.nak tunggu PRU najib akan gunakan kuasa lebih keras lagi dengan menyekat pelbagai sudut untuk tidak membenarkan rakyat membuka mulut mereka.

 
Top