Khairy Dakwa Sesuatu Yang 'Pelik' Tun M Pakai Lencana 'Free Anwar'



SEREMBAN: Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menganggap tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memakai lencana bertulis 'Free Anwar' (Bebaskan Anwar) sebagai 'pelik'.

Katanya, apa yang dilihat itu menunjukkan bahawa demi mencapai matlamat atau kepentingan, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja.

"Pelik betul sebab ini menunjukkan bahawa matlamat menghalalkan semua termasuk bergabung semula dengan musuh tradisi.

"Ini menunjukkan seolah-olah tiada pendirian dalam politik dan sanggup mengenepikan pendirian yang dipegang hampir 20 tahun semata-mata demi kepentingan politik masa pendek," katanya selepas Program Fit Masjid 2016 di sini Ahad.
Khairy diminta mengulas isu Dr Mahathir yang dilihat memakai lencana bertulis 'Free Anwar' (Bebaskan Anwar) ketika menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan 2016 di Shah Alam, pada Sabtu.

Mengenai perhimpunan Bersih 5, beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berharap penyokong Bersih dan kumpulan Baju Merah tidak bertembung semasa perhimpunan yang dijangka berlangsung Sabtu depan.

Katanya, jika kedua-dua kumpulan itu bertembung, dikhuatiri akan berlaku keadaan yang boleh menjejaskan keselamatan orang awam di kawasan tersebut.

"Kita harap tiada sebarang kekacauan di jalan raya dan kita nak pastikan keamanan di Kuala Lumpur sentiasa terpelihara.

"Saya harap tiada pertembungan antara kumpulan Bersih dan Baju Merah kerana kedua-duanya dah menyatakan ketegasan untuk berdemonstrasi walaupun tidak dibenarkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya

Khairy juga mahu polis menjalankan tugas mereka mengawal serta menjaga keamanan negara dan berharap demonstrasi yang dirancang Sabtu depan, tidak menjadi kenyataan. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Ape yg peliknye. dlm politik tak ada kawan selamanye dan tak ada musuh selamanye..2 seteru bergabong tenaga menentang musuh yg sama..

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]