pahangdaily pahangdaily Author
Title: Khairy: Kabinet Putuskan Malaysia "Tidak Tarik Diri" Piala AFF Suzuki !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan skuad Harimau Malaysia perlu meneruskan saingan dalam ke...
PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan skuad Harimau Malaysia perlu meneruskan saingan dalam kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar, kata menteri belia dan sukan.
Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan akan mencari kaedah lain untuk menentang kezaliman ke atas etnik Rohingya di Myanmar, tetapi ia tidak akan melibatkan sebarang acara sukan.
Jelasnya, sebarang sekatan atau tindakan lanjut mengenai isu tersebut akan ditentukan Kementerian Luar.
“Kami sangat mengambil berat atas apa yang berlaku di sana, tapi kami juga prihatin dengan tindakan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa)…jadi, kami akan cari kaedah lain untuk membangkitkan kebimbangan serta mahukan tindakan diambil.
“Keputusan Kabinet adalah pasukan negara perlu selesaikan perlawanan di Yangon, tindakan diplomatik akan diumumkan Kementerian Luar,” katanya selepas mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, hari ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berdepan penggantungan FIFA andainya memutuskan untuk memboikot kejohanan di Myanmar itu, sekali gus boleh menyebabkan acara bola sepak tidak dapat dilangsungkan di temasya Sukan Sea 2017.
Khairy sebelum ini menyarankan skuad negara menarik diri daripada saingan Piala AFF Suzuki selepas timbul laporan terkini melibatkan penindasan terhadap etnik Rohingya di utara Rakhine, Myanmar.
Etnik Rohingya beragama Islam dilaporkan ditindas dan dizalimi dengan kejam, mengakibatkan beribu-ribu penduduk meninggalkan kampung halaman bagi mengelak menjadi mangsa kekejaman yang didakwa melibatkan tentera negara itu.
Khairy turut mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang akan menentang tuan rumah bersama, Myanmar pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B esok.
Beliau berkata, kementeriannya juga tidak menerima arahan untuk memulaukan sebarang acara sukan yang akan berlangsung di Myanmar.
“Buat masa ini, tiada sebarang sekatan terhadap acara sukan, Kabinet mempunyai beberapa pilihan untuk menyatakan pendirian Malaysia dan tindakan selanjutnya adalah melalui Kementerian Luar.
“Yang penting perkara ini dapat dibincangkan dan pendirian Malaysia dapat dibuat hari ini, sebab saya lihat tanpa perbincangan atau isu yang dibangkitkan, tidak ada mana-mana negara Asean memperjuangkan isu ini,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top