pahangdaily pahangdaily Author
Title: Laporan Audit Dedahkan Syarikat Tiada Pengalaman Dapat Kontrak RM71.49 Juta
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Syarikat diluluskan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebagai kontraktor pembinaan Pusat Servis Teknikal (STC) Penyelen...
PETALING JAYA: Syarikat diluluskan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebagai kontraktor pembinaan Pusat Servis Teknikal (STC) Penyelenggaraan dan Pembaikan Pesawat Sukhoi (SU-30MKM) di Pangkalan TUDM Gong Kedak, Terengganu dengan nilai kontrak RM71.49 juta secara reka bina, tidak mempunyai pengalaman kerja.
Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2, Tan Sri Ambrin Buang berkata, Syarikat Pembenaan Setia Jaya Sdn Bhd (SPSJ) tidak mempunyai pengalaman kerja berkaitan projek pembinaan insfrastruktur bagi penyelenggaraan pesawat.
“Semakan audit terhadap profil syarikat SPSJ melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terkini menunjukkan kerugian selepas cukai bagi penyata kewangan syarikat bagi tahun berakhir Jun 2014.
“Pemilihan kontraktor yang tidak berkelayakan menyebabkan projek pembinaan STC mengalami kelewatan dan gagal disiapkan dalam tempoh ditetapkan,” katanya.
Mengulas lanjut, Ambrin berkata semakan audit mendapati, Jawatankuasa Penilaian Tender mengesyorkan 7 petender daripada 9 sebagai petender yang berjaya dengan alasan ia menawarkan harga terendah, tidak mempunyai kerja semasa, menawarkan tempoh siap kerja (78 minggu) dalam tempoh maksimum ditetapkan dan mempunyai modal mencukupi.
“Mesyuarat Lembaga Perolehan A, JKR pada November 2013 tidak sebulat suara dengan pengesyoran ini dan memutuskan ia dikemukakan kepada MOF untuk memuktamadkan keputusan pelantikan kontraktor.
“Pada Disember 2013, MOF tidak bersetuju dengan pemilihan SPSJ sebagai kontraktor dan mengarahkan projek pembinaan STC ditender semula secara tender terbuka pra kelayakan.
“Pada tarikh yang sama JKR juga memohon kelulusan MOF untuk menyelesaikan pelaksanaan projek ini dengan memperakukan kontraktor yang disyorkan Jawatankuasa Penilaian Tender. Ia dipersetujui MOF,” katanya.
Ambrin menambah, pada pendapat Jabatan Audit, projek berkenaan sepatutnya ditender semula selepas semua syarikat gagal dalam penilaian tender terhadap projek STC.
“Alasan kesegeraan projek tidak seharusnya dijadikan sebab untuk melantik syarikat tidak berkeupayaan menjalankan projek yang akhirnya menyebabkan projek gagal diteruskan.
Menurut laporan, objektif pemilihan kontraktor secara tender adalah bagi memastikan hanya kontraktor berkelayakan dan berpengalaman sahaja terlibat. Tiada syarikat tanpa kelayakan dipelawa menyertai tender dan seterusnya dipilih melaksanakan projek. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top