pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lim Guan Eng Mahu Chow Kon Yeow Sebagai Pengganti Ketua Menteri
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GEORGE TOWN:  Lim Guan Eng menggesa ahli DAP untuk menyokong cadangan beliau menamakan pengeru...

GEORGE TOWN: Lim Guan Eng menggesa ahli DAP untuk menyokong cadangan beliau menamakan pengerusi parti negeri itu, Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu.
"Saya meminta konvensyen, ahli-ahli dan pemimpin untuk menyokong cadangan agar Chow mengambil alih jawatan saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang jika Barisan Nasional (BN) berjaya dalam serangan mereka terhadap saya.
"Kita harus mempertahankan DAP dan Pulau Pinang daripada BN bersama-sama sebagai satu pasukan, satu semangat dan satu parti.
"DAP bukan tentang kepimpinan individu tetapi kepimpinan kolektif.
"Pulau Pinang dan DAP akan meneruskan perjuangan tidak kira apa yang akan berlaku kepada saya," kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP pada Konvensyen DAP Pulau Pinang di Hotel Vistana pada Ahad.
Dua kes dakwaan rasuah ke atas Lim kini masih lagi dibicarakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top