pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lima Murid Perempuan Di Tahan Rakam Gambar Guru Dalam Tandas
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Lima murid sekolah rendah di Johor Bahru telah ditangkap kerana merakam gambar ...

PETALING JAYA: Lima murid sekolah rendah di Johor Bahru telah ditangkap kerana merakam gambar guru mereka di dalam tandas, lapor Oriental Daily.

Seorang murid telah memaklumkan perkara itu kepada gurunya pada Ahad dan mereka yang melakukan perbuatan itu mengaku telah berbuat demikian sejak lapan bulan yang lalu.

Ketika dihubungi, pihak sekolah berkata kes itu telah diselesaikan secara dalaman.

Pihak berkuasa sekolah, guru dan ibu bapa bersetuju untuk menghantar murid-murid terbabit ke balai polis 'untuk memberi pengajaran' kepada mereka, sambil menambah tindakan akan diambil terhadap murid-murid perempuan terbabit.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Jokhiri Abd Aziz mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan murid-murid itu mendakwa semua gambar telah dipadam.

Polis akan membuat tindakan susulan mengenai kes itu, katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top